99 Speedmart Taman Desa Cempaka is located at No. 4 (GF), Jalan BBN 6/3A, Taman Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Contact 99 Speedmart Customer Hotline at 010-500 0099.
99 Speedmart Taman Desa Cempaka opening hours:
Monday – Sunday: 9:00 am – 10:00 pm
About 99 Speedmart
99 SPEEDMART is Malaysia’s largest and leading convenience store that focuses on quality and speedy customer service as well as cleanliness, tidiness and safety.
99 SPEEDMART is a rapidly growing chain of refreshing ‘new and improved’ mini-markets that meets consumers’ needs for groceries, offering unsurpassed value and absolute convenience.

Hi & salam sejahtera, hari ini 13/11/19 jam kira-kira 6petang saya telah membeli barang2 di speedmart desa cempaka di sebelah kedai haiwan peliharaan berhampiran pejabat LHDN di atas bukit.
Semasa cashier wanita tersebut sedang scan barang2 saya. Saya telah menegur staff terbabit bahawa barang2 hak milik orang lain jangan campur sekali sebab bukan barang2 saya. Lagipun saya dah asingkan sejauh mungkin. Staff terbabit menyalahkan saya kerana tidak mengambil bakul.
Masaalahnya, pada waktu yang sama pelanggan yang lain pun tidak menggunakan bakul. Staff terbabit selalu mengeluarkan ayat perintah pada pelanggan seperti” letak bakul sana!”… Tanpa menyebut “tolong”, “maaf” dll apabila membuat salah.
Yang saya cukup terasa apabila cashier wanita ini sering bersoal jawab dengan pelanggan lain tanpa tahu menjaga hati pelanggan dengan ayat kasar, sindir dan perli.
Fizikal cashier wanita tersebut adalah bertubuh sederhana, warna kulit biasa & selalunya bercermin mata.
Saya mohon diambil tindakan segera kerana sikapnya yang membuat saya hilang sabar. Sudahlah tak tahu meminta maaf, bercakap kasar, sindir, perli pelanggan tak tahu memanggil pelanggan dengan panggilan hormat seperti encik, abang dll. Cashier tersebut selalu membahasakan diri “awak” dan “saya” dengan pelanggan meskipun dia lebih muda. Untuk makluman dalam budaya melayu kita tidak boleh berbahasa begitu dengan pelanggan jika pelanggan lebih tua. Tetapi dengan orang lebih muda dan sebaya tidak apa. Hanya orang yang lebih tua sahaja yang boleh memanggil orang muda “awak”.
Sekali lagi saya mohon agar tindakan segera dapat diambil terhadap cashier terbabit sebelum pelanggan jelak mahu berbelanja ke speedmart kerana perangai segelintir kakitangan yang bersikap biadap dan menjengkelkan.
Sekian, terima kasih.